Interview PASUM

Thursday, April 24, 2014

Assalamualaikum you guys! Its been a while since i dont update my blog! Hahahah. Sibuk sikit lah huhu tak ada masa mau update (padahal online 24 hrs, ni lah ni suka bagi alasan boooo😒)


Okay back to the topic! Hahahah.. Interview Universiti Malaya? Interview untuk apa? Bukannya terus masuk UM ja kah?

No no no. Sekarang ni kalau mahu masuk pusat asasi di universiti malaya atau nama manjanya pasum, ada interview sudah. Bukan senang mahu masuk universiti malaya ni tahu. Tengoklah, mahu masuk sana pun mesti ada interview. Biasalah, universiti terbaik di Malaysia. Hehe

Macam aku, actually pasum bukan pilihan pertama, sebab pilihan pertama aku ialah palam (uitm puncak alam). Kenapa? Sebab nak elak interview ler. Hahaaha mohon kalian tidak seperti aku. Rugi kalau tidak ikut interview. Seriously. Banyak kelebihan interview ni, contoh seperti kita dapat keyakinan diri yang tinggi untuk menyuarakan pendapat kita. Selain itu kita akan jumpa ramai kawan, manalah tahu sebelum ni asyik-asyik jumpa kawan satu sekolah ja, why not kan cuba kawan dengan orang lain. Ya lah.. Nanti di universiti, lain sudah kawan kita tu. So pandai-pandailah cari kawan lain hehe..

Okay aku cerita pegalaman interview aku. Aku dapat interview pada hari Sabtu 19 April 2014. Kira sesi yang pertamalah juga. Interview aku start jam 8.30 pagi. So aku datang ke sana jam 7.30 pagi gitu. Hehe.. Kira-kira jam 8 gitu, aku dan kawan-kawanku pergi ke dewan kuarantin. Maksudnya sebelum kita ada interview, mesti berada dalam dewan tu. Boleh keluar tapi hanya untuk pergi ke tandas. 

Interview bagi kumpulan satu start jam 8.45. Bagi aku, siapa yang berada dalam kumpulan 4,5 atau 6 amat beruntung kerana mereka mempunyai masa untuk bersedia dan tidaklah lambat keluar dari tempat tersebut. Aku kumpulan 8, nah terpaksa tunggu sampai tiba giliran. Lama betul aku rasa. Sampai sana jam 8,  tapi keluar jam 12 hahaha.. Sedap. Yang sudah interview awal-awal boleh balik dah lepas tu. Sebenarnya kumpulan tu kena tentukan dengan mengikut abjad nama kita. Kalau A memanglah yang first-first. Tapi kalau macam aku ni, S, sabo je lah~ hahahaha

15 minit sebelum kumpulan 7 selesai, kumpulan aku akan dipanggil untuk bersedia di luar bilik interview. Setiap kumpulan akan ada 30 minit untuk diinterview. Interview hanya akan dijalankan dalam berkumpulan. Jadi nasihat aku, kalau time begini ni, tolonglah tonjolkan diri. Jangan jadi tenggelam. Tapi jangan pula terlebih conquer group tu, bagi chance lah juga orang lain. Kalau kena suruh volunteer introduce yourself, cepat-cepat angkat tangan mau jadi volunteer okay? Hehe. It will give a good impression to the interviewer. Lepas introduce yourself, tibalah pula sesi discussion. Nah sinilah kita tonjolkan diri kita, jangan takut-takut mau bagi pendapat sebab sini kena tengok confudent level dalam diri kita. Dan ya kalau interviewer tanya dalam bahasa melayu, jawab dalam bahasa melayu okay? Tapi kalau kena tanya dalam english, jawab dalam english juga. 

Time discussion tu, kita kena bagi masa 5 minit untuk discuss. Lepas tu baru present depan dorang. Alahai present biasa-biasa saja idea kita tadi tu tak payah berdiri. Just duduk dengan tegak dan bentang dengan yakin. 😏 Biasanya interviewer akan tanya soalan mengenai idea kita itu. So, jawab dengan professional 👏  ataupun kalau sudah tiada idea mau cakap apa, cakap ja apa-apa walaupun taklah betul sangat, tapi at least logik kalau kita fikirkan okay? Lupa bagitau. Kalau time discussion ni, interviewer yang akan bagi tajuk dan kita bincangkan sesama sendiri okay?

Dan terakhir. Kalau sudah hampir ke penamat, dan interviewer biasanya akan tanya "ada soalan?" Nah time beginilah try untuk tanya something. Jangan diam sahaja. Okay? Hal ini penting dan akan menampakkan kita minat untuk masuk pasum. Hehe.. Manalah tau interviewer fikir "ohh budak ni nak masuk pasum ni, bagus aku tolong budak ni" see? Haha 

Lepas selesai semua tu, jangan lupa doa. Iya doalah banyak-banyak agar kita layak masuk pasum☺️

Ini group interview aku. Im the one who are wearing shawl. 👇



Ini pula kawan-kawan aku satu sekolah yang ada interview sama-sama aku hari tu. 👇




Ops sorry ada gambar sushi. Hahahah lepas interview kami terus pegi sushi king. Gi makan sushi. Frist time untuk aku hari tu😂

Rasanya itu sahaja. So siapa ada soalan bolehlah komen kat bawah ni. 

xoxo, shazzy.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe