Pretty Ugly
Wednesday, June 10, 2015
Assalamualaikum. Nampak gambar di atas ni? Ni gambar time aku form 1. Aku suka tengok gambar lama-lama dekat facebook. Ya lah, kebanyakkan gambar high school aku, aku upload sana. Sebab yang lain aku simpan dalam laptop kecilku. Tapi malang, laptop itu sudah rosak:(
Aku jujur. Dulu ketika aku masih di high school, boleh katakan aku antara yang selekeh. Walaupun time tu rasa diri ni lah antara yang tip-top (yucks). Hahaha tiadanya kalau tengok gambar-gambar lama tu. Lagipun dulu-dulu, malu mahu ambil gambar sebab sedar diri :')
Sedih kalau throwback gambar-gambar lama, mesti aku yang paling noob. Hahahaha :( Lepas tu, kalau kawan-kawan mrsm aku yang lain throwback gambar mereka, sama ja dulu dengan sekarang, cantik:") Rasa insecure sangat.
Start habis SPM, aku azam dengan diri aku, untuk pleased diri aku. Jangan selekeh sangat hahaah perbaiki sikit penampilan diri. Jaga.
Dalam masa yang sama, aku sedang cuba tutup aurat walaupun masih belum sempurna. Hehe. Aku try *smile*
Setelah hampir 2 tahun aku berhenti daripada sekolah menengah......taraaaaa hahahahah. At least okay sikit dari dahulu kala lol (jangan bash saya hahahaha)
Tengok gambar bawah ni, flowy-flowy lagi konon shawl aku hahaahah
Walaupun kadang-kadang kita rasa diri kita ni lucu, tapi ingat. Kita adalah sebaik-baik ciptaan Allah okay. Ingat kena bersyukur.
Bye. Xoxo, Keksha.
0 comments